28 May
KARANGAN JENIS FAKTA

Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik, perkara berikut perlu diberi perhatian:


  • Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. Sebelum menulis, pastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.
  • Isi atau fakta yang diberikan harus lengkap, tersusun dan menepati kehendak soalan.
  • Cara penyampaiannya juga mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami.
  • Karangan anda mestilah merangkumi pendahuluan, isi dan penutup.
  • Perenggan pendahuluan, mestilah mengandungi difinisi atau penerangan tentang tajuk yang diberi.
  • Untuk perenggan isi, berikan sekurang-kurangnya empat (4) isi penting. Isi mestilah tepat dan bukan rekaan penulis semata-mata. Untuk memperkuatkan isi, maka perlu disertakan dengan huraian serta contoh.
  • Bagi perenggan penutup pula, berikan pendapat tentang perkara yang ditulis.


Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING