Pendahuluan :
Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa khususnya. Masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya semakin hangat diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang serius dipaparkan dalam akhbar kebelakangan ini. Oleh itu, kita tidak seharusnya memandang remeh akan masalah tersebut. Terdapat beberapa masalah sosial ini terjadi kepada golongan remaja khususnya.
Isi: kurang mendapat didikan agama
Antaranya ialah ibu bapa kurang memberi didikan agama dan moral kepada mereka.Hal ini menyebabkan mereka akan berasa terlalu bebas untuk melakukan pelbagai perkara.Sebagai contohnya, membenarkan mereka keluar rumah hingga lewat malam tanpa menghiraukannya. Oleh itu,perkara ini menyebabkan remaja kehilangan pegangan dalam kehidupan dan bertindak sesuka hati. Jelaslah,ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama dan moral kepada mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah ‘melentur buluh ,biarlah dari rebungnya’.
Isi: tidak memberikan kasih sayang sepenuhnya
Selain itu,ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.Hal ini kerana,ibu bapa terlalu menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak mereka kepada pembantu rumah atau pengasuh mereka dan sibuk bekerja ibarat kera di hutan disususkan,anak di rumah mati kelaparan.Sebagai contohnya,ibu bapa bekerja hingga lewat malam dan bekerja keras sehingga tidak menghiraukan anak-anak mereka di rumah. Kesimpulannya,sikap ibu bapa yang bagai enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing masing harus dibuang supaya anak-anak dapat merasakan kasih sayang yang secukupnya bagai menatang minyak yang penuh.
Isi:pengaruh dengan rakan sebaya
Di samping itu,remaja juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.Hal ini kerana,boleh menyebabkan masa depan mereka akan terjejas sekiranya mereka salah memilih rakan.Sebagai contohnya,mereka mudah terpengaruh dengan rakan seperti merokok,merempit, vandalisme,dan ponteng sekolah.Tuntasnya,akhlak yang buruk akan merosakkan diri seseorang remaja seperti cuka merosakkan madu.
Isi: pengaruh media massa
Seterusnya,pelajaran seseorang remaja itu akan turut terjejas.Hal ini demikian,kerana remaja akan sering ketinggalan dalam pelajaran sekiranya mereka sering memonteng sekolah dan mereka juga tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya di dalam kelas ketika guru mengajar.Tegasnya,ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang mereka supaya mereka berubah dan tidak membiarkan mereka melakukan perkara yang tidak berfaedah ‘seperti nasi sudah menjadi bubur’.
Penutup:-
Ringkasnya,kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap aktiviti dan pelakuan anak-anak mereka menjadi penyebab gejala ini kian merebak.Dengan berbuat demikian,ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan mengawasi setiap pergerakkan anak-anak mereka yang mencurigakan.Sekiranya semua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian,gejala ini akan dapat diatasi dengan mudah.Jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja.